SK LONG SAIT online

"Berusaha Dan Maju"

Selamat Datang Ke SKLS Online

Selamat Datang Ke SKLS Online
Blok Sekolah Sk Long Sait

Sejarah

Sekolah ini didirikan di antara dua sungai utama iaitu Selungoh dan Sungai Sait. Ditubuhkan pada 1976 oleh kementerian Pelajaran Malaysia. Penubuhan ini sesuai dengan dasar kerajaan bagi menghapuskan buta huruf dikalangan penduduk luar bandar terutama bagi masyarakat orang asli Penan. Pada mulanya tempat ini didiami oleh suku kaum kelabit, oleh kerana kawasan ini sukar dihubungi menggunakan jalan sungai maka kelabit berpindah ke Long Lellang. Secara kebetulan, Long Lellang telah dipilih untuk pembinaan Lapangan Terbang, maka dengan itu kaum kelabit berhijrah ke sana. Manakala kaum penan masih menduduki kawasan Long Sait. Sejak itu, bermulalah penempatan kaum penan. Penduduknya kian bertambah dari tahun ke tahun sehingga mencecah tiga ratus orang pada tahun 2009. Di kawasan Selungoh ini terdapat tiga buah kampung Penan; Long Sepigen, Long Sait, Long Kerong. Penduduk ketiga-tiga buah kampung tersebut menghantar anak mereka bersekolah di sekolah ini sejak dari awal penubuhannya lagi.